Friday, July 11, 2008

Bukit Naga Kuala Penyu, You’ll say it a Heaven Paradise,..

Kuala Penyu merupakan sebuah tempat yang mempunyai banyak tempat menarik. Mungkin bagi yang belum pernah datang ke Kuala Penyu, mereka tidak mengetahuinya, tetapi bagi yang selalu mengunjungi Kuala Penyu, Tempat-tempat menarik tersebut tidaklah asing bagi mereka.

Saya merupakan salah seorang yang baru pertama kali mengunjungi Kuala Penyu. Banyak perkara yang saya tidak tahu mengenai Kuala Penyu, terutamanya, tempat2 yang menarik. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit megenai tempat menarik saya alami sendiri di Kula Penyu.

Bukit Naga, mungkin masih ramai yang tidak mengetahui tempat ini. Ianya adalah bersebelahan dengan sebuah resort yang mungkin anda ketahui, iaitu Tempurung Seaside Resort. Pertama kali kami melangkah menaiki tangga ke Bukit Naga, saya telah merasakan suatu keamanan yang sukar untuk diceritakan. Kawasannya ada diatas bukit kecil berdekatan dengan pantai dan laut yang amat cantik.

Setibanya kami disana, kami telah dijembput baik oleh tuan punya resort iaitu Mr Max, seorang yang berbangsa Cina. Beliau amat peramah , sehingga tempat tersebut seperti tempat sendiri sahaja. Kami dilayan dengan amat baik sekali. Apa sahaja yang kami perlukan, ditunaikan oleh Mr. Max.

Pasal makan, janganlah dirisaukan sangat. Breakfast, TeaBreak, Lunch, Dinner adalah disediakan. Kita hanya menghirup udara segar, dan menikmati pemandangan yang indah ketika berada di Resort tersebut.

Perkara yang paling menarik sekali adalah apabila tibanya waktu malam. Barbeku, akan dilakukan. Pada masa ini adalah masa paling enjoy kerana , sambil makan, minum Aramai Tii juga ada.

So kalau lain kali korang datang ke Kuala Penyu, sila la ke Bukit Naga Home Paradise, suatu kelainan yang amat hebat bakal menanti!!!! Atau, kepada sesiapa yang ingin menjadikan saya sebagai tour guide ke Kuala Penyu, amat dipersilakan la. Saya sentiasa berbesar hati..haha...So jangan Lupa...

Perhatian: Gambar mempunyai hakcipta tau..sorry..sia nda letak apa2 penerangan di setiap gambar..pandaila kamu menafsirnya k

2 comments:

Valsonz said...

hebat juga oh.. siapa punya hakcipta tu gambar? hehe..
mm.. sudah sya dtng p kuala penyu tu dulu.. memang putih pasir dia tapi sama juga masin.. hahaha..

Jamez2789 said...

Om, enk bgt tuh di pualu penyu...:D