Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tinggal 2008 dan Selamat Datang 2009. . Happy New Year 2009!!!!

Myspace Comments

Myspace Comments | Women's Boots Sale

Tahun 2008 merupakan suatu tahun yang sia rasa sangat berbeza dengan tahun2 yang lain..Tahun 2008 mengingatkan saya dengan banyak perkara. Banyak perkara manis, banyak perkara pahit dan terlalu banyak kesilapan yang saya telah lakukan sebagai seorang insan biasa. Rasanya tahun 2008 adalah tahun yang penuh dengan cobaan dan penuh dengan cabaran, sehingga kadang-kadang cubaan dan cabaran itu tidak mampu saya tanggung, menyebabkan saya jatuh entah ke mana.


Saya cuba untuk mengingati siapa saya pada tahun 2007, seorang yang ceria, dekat dengan Gereja, ramah mesra, sentiasa memberi dorongan kepada kawan2, dan sebagainya..2007 merupakan tahun yang paling berharga buat saya kerana tahun 2007 telah menjadikan diri saya yang sebenar terutamanya penglibatan saya dengan Gereja, terutamanya kumpulan CSGUMS ( Catholic Student Group of Universiti Malaysia Sabah). Itu lah saya yang sebenarnya.

Saya mula bercelaru apabila lembaran 2008 bermula. Memang betul la kata2 orang, semakin kita mendekati gereja, sekiranya kita tidak cukup kuat, maka, semakin itu lah kita akan dicabar, dan cabaran2 yang mencabar itu sangatlah kuat sehinggakan saya sendiri pun tidak dapat mengangkatnya. Namun sekiranya sokongan itu berpatutan, seberat manapun cabaran, tetap dapat diangkat, tapi malangnya, saya langsung tidak dapat mengangkat cabaran tersebut, sehinggakan apa yang sepatutnya tidak boleh terjadi, terjadi juga..aduiii… kenapa sia jadi macam ne…


Actually, tahun 2008 sepatutnya sia menjadi siapa sepatutnya diri saya, sepertimana yang Gereja sarankan bah.. tapi, oleh kerana terlalu banyak yang berlaku , jadi, sia nda dapat sempurnakan apa yang ditugaskan kepada saya. Malah saya menjadi lebih teruk. Mungkin ada kawan2 yang nda berapa suka sia kerana ni perubahan kan..but nda pa la..ok saja saya..memang patutpun bah..


Bila sia pikir2 balik tahun 2008 kan, sia mau jadikan tahun 2008 sebagai suatu kenangan terindah terhadap kesilapan, kesalahan dan suka-duka yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Dan pastinya, tahun 2009 adalah suatu tahun yang sangat mencabar.


Dalam tahun 2009,kalau boleh, sia cuba untuk menjadi siapa yang sepatutnya.. Selamat Datang 2009 untuk Bossing dan kawan2 yang dikasihi….Peace..

Selamat Tahun Baru 2009 ebribodi…

Warmest Regards,

Fidelis@Bossing

Ow ya..sia sambut New Year di Kg Tudan Tuaran, Jalan Tambunan..hehe


Happy New Year MySpace Comments

Happy New Year MySpace Comments

Happy New Year MySpace Comments

3 comments:

kukuanga said...

boss, bah.. hepi new year.

we are allowed buat salah sekali sekala... nama juga manusia biasa kan.. but, the best is to learn from that mistake and live a better life afterward. God sees ur heart. He knew.

che-mie said...

selamat tahun baru 2009

moga lebih sukses sukses

Clarence said...

insaf sy bc post ko bossing..haha..anyway, hope this year will bring us luck. Happy new year!