Wednesday, May 27, 2009

Perayaan Pesta Kaamatan- Bossing's Perspektif


Norikot nodi bulan lima... bila bulan 5 datang, dalam pikiran, memang la Pesta Kaamatan kio.. Pesta Kaamatan disambut setiap 30 & 31 hb Mei setiap tahun dan pada waktu ini lah, banyak anak2 muda yang di perantauan orang akan balik kampung. Macam sia juga la kan..ekekekeke. Eksited pula.. So apa sebenarnya tu Kaamatan? saya tergerak untuk membaca article yang telah ditulis oleh Gundohing Allan G Dumbong:

Berbalik kepada istilah “kaamatan”, ia sebenarnya berasal dari perkataan “omot” atau “kotu”, yang seterusnya menjadi “kaamatan” atau “kokotuan”. Sesungguhnya ia menandakan tanda kesyukuran masyarakat Kadazandusun terhadap limpahan kurnia Yang Mahakuasa terhadap hasil tuaian padi pada musim tersebut.Kaamatan ini seringkali dirujuk dan berkisar kepada acara sukaria selepas menuai padi. Ianya berkaitrapat dengan kegiatan sosio-ekonomi “agrarian” komuniti Kadazandusun yang secara tradisinya menaman padi. Sambil bersukaria dalam Pesta Kaamatan ini, masyarakat Kadazandusun seharusnya mengambil peluang ini untuk merenung tahap kemajuan mereka dalam semua aspek, lebih-lebih lagi dari segi kedudukan sosio-ekonomi dan perniagaan. Jika Kaamatan ini berkisar kepada “penanaman padi”, komuniti Kadazandusun perlulah kritis dan bertanya pada diri sendiri apakah relevannya Kaamatan ini, jika sudah ramai anggota masyarakat Kadazandusun tidak lagi terlibat dalam penanaman padi. Sudah ramai anggota masyarakat ini, khususnya generasi muda, yang tidak tahu istilah-istilah seperti “momorilik”, “mongurak”, “mangasok”, “mananom”, “mangaradu” atau “mongomot”.


Kebanyakan anak-anak muda sekarang hanya tahu untuk mengatakan " Ya, Pesta Kaamatan! Masa untuk aramai tii" itu tidak salah, memang Pesta Kaamatan adalah suatu perkara yang baik, dan pada perayaan inilah, kita dapat berjumpa dengan kawan lama, beramah mesra, bergurau-gurau disamping dengan TAJAU dihadapan..haha.. Tapi berbaloi kah kita menyambut Pesta Kaamatan tanpa mengetahui maksud Kaamatan. Saya pernah menghadiri Kemuncak Pesta Kaamatan di KDCA dan beberapa tempat. Saya sangat gembira kerana sambutannya begitu baik sekali, syukurla, orang2 zaman2 sekarang masih lagi menyambut Pesta Kaamatan. Kebanyakan yang saya perhatikan sekarang terutamanya golongan muda-mudi, perkara yang mereka ketahui tentang Pesta Kaamatan adalah " Moginum & Aramai Tii", inikah maksud Kaamatan?

Saya ingin menceritakan tentang kisah saya sebagai seorang budak kampung suatu ketika dahulu.. saya lahir daripada sebuah keluarga yang amat besar sekali.. ramai adik-beradik.. maklumlah, keluarga produktif ( but i'm really enjoy banyak adik-beradik). Bapa saya kerja sebagai Petani, Mama sia pun petani juga.. so bagi menampung keluarga yang besar, kami mempunyai sebidang tanah sawah seluas 3 ekar, so kami gunakan tanah tersebut untuk menanam padi bermusim punya.. namun hasilnya adalah kurang mencukupi, tidak dapat menampung untuk setahun, kami juga pernah menanam padi 2 kali setahun, namun tidak berjaya sebab serangan burung-burung pipit yang sangat berjuta-juta itu..haha. memandangkan tidak mencukupi, kami menanam padi di sawah orang.. dengan sistem bagi 3.. bagi tiga ne maksudnya, empunya tanah mendapat 1 bahagian.. kami sebagai penanam ( Penyewa) dapat 2 bahagian.. so, paling last yg sia ingat adalah, sawah seluas 7 ekar sawah ditanam.. baru lah bekalan padi mencukupi.. haha..luas ka? na ambil ko..haha.. memang penatlah..kalau sia inda silap, ni la susunan proses menanam padi ( stail kampung punya):

1. Mongoristato ( gras cutting)
2.Mogimbadas ( kasi botak batas sawah guna cangkul)
3.Mominatang (membaiki batas sawah)
4. Memoom ( pam rumput guna racun rumpai)
5. Mangalaggob ( Memenuhkan sawah dengan air )
6. Mangaraggus / Mangaradu ( Mangaraggus - sistem tradisional, guna kerbau, oleh kerana Traktor Pembajak sawah ada suda, kebanyakan orang lebih senang guna Traktor-Mangaradu)
7. Mananom ( Proses menanam Padi )
8. Mangarasak ( selepas padi ditanam, air dalam sawah akan dibiarkan bertakung selama lebih kurang sehari. Selepas sehari, air tersebut akan dibuka dari sawah untuk memudahkan proses pengakaran)
9. Membaja( padi akan dibaja-baja disediakan oleh Jabatan Pertanian or Peladang..)

Bila Padi Masak, Proses yang terlibat adalah:

1. Mengomot - Padi akan dituai menggunakan lingaman/ Ketam atau sabot/rorontob
2. Papalapos - Proses memisahkan buah padi dari tangkainya.
3. Monoud - Proses untuk memisahkan buah padi yang tidak berisi dengan yang berisi menggunakan angin semulajadi atau kipas.
4. Marangkat - Kerjasama untuk menganggkat padi dari sulap di sawah ke rumah

( Actlly, banyak lagi proses2 yang terlibat.. tapi malas sia mau include.. banyak bah.. macam mangasok, menumpos dan sebagainya)

Saya telah lalui semua ini.. memang penat la.. dan bagi saya, inilah yang akan diraikan ketika Pesta Kaamatan selain daripada memuja semangat padi iaitu "Bambarayon". So ingatlah, Pesta Kaamatan bukanlah suatu perayaan yang hanya untuk bersuka-suka, aramai tii, namun ianya adalah suatu pesta yang sangat bermakna dan saya rasa, saya sangatlah layak untuk menyambut perayaan ini.

Kepada sesiapa uang ingin merasai beberapa proses diatas, saya sedia untuk mempersilakan anda untuk bersama-sama dengan saya kerana keluarga saya masih lagi mengamalkan sistem tersebut dalam proses penanaman padi sehinggalah menuai. Untuk pengetahuan, sistem penanaman padi di Tambunan adalah berbeza di tempat-tempat lain, kerana terdapat suatu musim khusus untuk penanaman padi . Dalam bulan Jun ini, musim membersihkan sawah akan bermula dan musim menanam akan bermula dalam lingkungan pertengahan bulan Jun.

Suatu panorama indah yang boleh dilihat adalah apabila padi yang ditanam sedang membesar, suasana kehijauan akan kelihatan. ianya akan bertukar apabila padi mulai masak, sawah padi akan bertukar menjadi hijau kekuning-kuningan, bagaikan permaidani yang menyegarkan mata memandang..haha

actually, sia pun kurang pasti apa yang saya mau share ni..tapi, biarlah kita sama-sama menghayati pengertian sebenar Pesta Kaamatan. Kepada sesiapa yang slalu tida kasih habis nasi time keramaian tu.. bilang mama sia, " Tu nasi menangis tu kalau ko nda kasi habis"..hehehehe.. so nasihat sia, ambil lah nasi dalam kadar yang mencukupi. jangan bazirkan nasi. sebab sebutir nasi melambangkan setitik peluh para petani yang mengusahakannya. kasian begia durang tue..hehe.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan " Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2009"
Kepada semua petani yang telah berusaha.. tahniah.. jasamu dikenang.. kepada sesiapa yang mempunyai tanah yang belum diusahakan, jangan bazirkan tanah tersebut.. tanam lah padi..hehehehe

4 comments:

merapuswz@webber said...

oo..begitu pula.. haha.. ya sya pun(kalau rajin) pii melalui tu proses proses menanom juga..

tapi..ini bah..bossing cuba kau kasitau sia..kenapa si Emily Majil x ada numbur di Unduk Ngadau UPKO?

kasitau! explain!

haha..

ps/ emily ko tetap unduk ngadau di hati sya

Bossing said...

hahaha.. sia nda tau pula sebab2 dia..wakakaka.. mungkin bukan nasip dia, atau birokrasi politik wang..ekekekeke..nda pa.. dia tetap di hati sia juga..ekekekekeke

merapuswz@webber said...

Emily Majil for Ketua Wanita Upko..
heheh..LoLz

Linda said...

sya terbaca ko punya komen .. om mcm sya punya perjalanan hidup masa kecil2 .. you know what i tried the 'mamaladu', 'mamalagus' & 'monuud' .. it's an exciting experience .. anyway keep up the good job in promoting kadazan k... all the best from me ..