Tuesday, May 19, 2009

Perjalanan ke Teluk Malubang - Pitas


Pada 17 Mei yang lalu, saya berkesempatan untuk ke Teluk Malubang bersama-sama dengan beberapa rakan daripada Sri Pelancongan Sabah dan Lembaga Pelancongan Sabah. Perjalanan ke Teluk Malubang mengambil masa selama lebihkurang 1 jam lebih dari jeti Dataran Bengkoka. Saya tidak menyangka untuk sampai ke Teluk Malubang kerana sebenarnya, tujuan utama adalah untuk menyaksikan Pesta Bengkoka. Namun, selagi ada kesempatan, jadi saya turut serta dalam trip tersebut. Saya tidak menyangka bahawa Pitas mempunyai tarikan pelancongan yang sangat menarik sekali terutamanya kepada pencinta-pencipta alam. Kami telah ditemani oleh seorang staff dari Pejabat daerah Pitas. Lupa pula dia punya nama...Kami telah dibawa di beberapa tempat iaitu seperti (mujurlah sia ada jumpa ne details daripada salah seorang blogger..sia copy dlu k..credit to Pitas Destinasiku sia edit2 sikit kio):


Batu Talam Batu-batu yang terbentuk akibat hakisan
dan perubahan alam juga menyimpan misteri dan
ceritanya di kalangan masyarakat tempatan.
( Terletak di Kg.Malubang, Pitas )


Batu Orang Berunsai sekumpulan 'manusia batu' sedang berunsai.
Replika alam ini sebenarnya terbentuk secara evolusi ratusan tahun dahulu,
namun objek ini memiliki kisahnya tersendiri

( Kg. Malubang, Pitas )




Batu Gerawang dipercayai milik Odu Gerawang
Bonda Nakhoda Supirak ( Kg. Malubang, Pitas )




Pulau Batu Itik di Kg. Kanibongan, Pitas
( Untuk sampai disini kena menaiki bot laju/kapal nelayan dari Kg.Kanibongan atau dari Dataran bengkoka pun boleh..sia ambil bot dari sana)


Persisiran Sungai Dan Hutan Bakau menjelajah pesisiran sungai melihat kehijauan hutan bakau dan nipah. Lokasi ketenangan alam semulajadi. Kesempatan terbaik bagi peminat fotografi merakam pemandangan menarik. ( Pesisir Pantai Kg. Rosob, Pitas )

Bagang sejenis peralatan tradisional menagkap ikan bilis. Wujud di Pitas seawal 1980an. Lampu pengumpul ikan yang dipasang bagaikan kerlipan kunang-kunang gergasi di waktu malam. Boleh melakukan aktiviti memancing di kawasan sekitarnya. Hanya 5 minit untuk sampai ke kawasan Bagang yang terdekat dari Dataran Bengkoka.
( Boleh dikunjungi jika anda datang ke Restoran Pantai Kg. Mempakad Pitas- contact person -
013- 8505004)


Bengkoka Rivercruise - Berperahu rnenyusuri sungai ini yang masih berkeadaan semulajadi. Tumbuhan nipah,hutan bakau segar menghijau,Pelawat berpeluang melihat monyet belanda atau sang bedal di habitat asalnya sambil mendengar bunyii bunyian unggas yang menghiburkan. Saya difahamkan, bakau yang terdapat di sepanjang sungai bengkoka merupakan habitat bagi pelbagai jenis haiwan termasuk Probocis Monkey. Tapi time kami buat rivercruise.. teda satupun keluar.. Malu-malu kucing mungkin durang..haha..ada mungit kicil sija sia nampak...

Selepas buat tour..kami singgah sekejap di salah sebuah rumah di Kg Malubang, dan kami sangat gembira apabila kami dihidangkan dengan ketam2 yang sangat banyak...Kami dilayan dengan sangat baik oleh penduduk kampung di Kg Malubang.. Anyway, kalau ada kesempatan lagi..mau juga sia p sana lagi..hehehe.. Nanti sia uplod gambar2 original dari group kami..hehehe

Just wait and see..hehehe

No comments: