Thursday, May 28, 2009

Unduk Ngadau sekarang?

Gambar Sekadar Hiasan
Unduk Ngadau merupakan salah satu tradisi kaum KadazanDusun. Setiap tahun, apabila menjelangnya Pesta Kaamatan, pertandingan-pertandingan Undukngadau akan dijalankan di setiap daerah dan kemuncaknya adalah pada 31 Mei 2009. Congratulation la sesiapa yang sampai di KDCA, dan kepada yang tidak menang di peringkat daerah, cuba lagi tahun depan. Dan kepada pemenang-pemenang gelaran Unduk Ngadau Sabah, congrats kerana anda membawa imej Huminodun.

Kita berbalik kepada pengertian Unduk Ngadau & Huminodun:

"Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.

Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.

Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan."


"Huminodun (bermaksud “yang berkorban”) merujuk kepada anak perempuan Dewa Kinoingan serta isterinya Suminundu yang telah mengorbankan dirinya kepada semangat bumi sebagai balasan untuk hasil tanaman yang lumayan untuk umat manusia.

Satu ketika dulu, kaum kadazan dusun mengalami bencana kebuluran kerana tidak ada sumber makanan. Kinoingan berasa belas kasihan terhadap kesengsaraan kaum Kadazandusun dan telah mengorbankan Huminodun dan jasadnya disemadikan di bumi lalu tumbuhlah sebagai sejenis tumbuhan iaitu padi dan dari situlah suku kaum Kadazandusun mendapat sumber makanan. Dipercayai juga jelmaan semangat Huminodun telah hidup kembali sebagai Unduk Ngadau dari dalam Kaakanan, selepas tujuh hari dia dikorbankan.

Jasa Huminodun diingati dalam perayaan Tadau Kaamatan yang diadakan setiap tahun bagi meraikan hari tuaian."

Berbalik kepada pernyataan yang sia dapat dari Wikipedia, adakah para Unduk Ngadau lsekarang ayak untuk bergelar Unduk Ngadau atau Huminodun? Apakah sebenarnya yang dipertandingkan sekarang?

Terdapat beberapa kontroversi yang saya telah baca mengenai dengan Unduk Ngadau. Antaranya adalah:

1. Terdapat beberapa peserta Unduk Ngadau yang pernah mengikuti beberapa pertandingan kecantikan yang mendedahkan aurat.. sia nda tau la pertandingan apa..hehe..sia tida tau apa2 pasal ne. bagi mata kasar sia..ok sija.. tapi pandangan orang lain pa maciam pula kan..

2. Terdapat juga beberapa perserta yang, bila tidak menang di satu daerah, akan berpindah ke daerah lain untuk ikut bertanding sehinggakan menang. Ada yang sampai 3 kali tukar2 daerah.. huh! tapi kalau sia..ok sijaa...hehe

3.Terdapat juga peserta yang dipengaruhi dengan bahang-bahang politik, atau wang untuk memenangi pertandingan tersebut.. ni sia nda tau kesahihan dia la..cuma dengar-dengar aja.

4. terdapat beberapa peserta yang telah memenangi peringkat daerah, sangat liar bila waktu malam. ini adalah penglihatan saya sendiri. Bergelar unduk ngadau, tapi minum sini..minum sana.. menari sini..menari sana.. mabuk sini..mabuk sana..pakai seksi.. berapit2 dan berkelakuan yang kurang disenangi.. memang adalah, tapi bukan semua.. ada lah tu..

Actually, banyak lagi kontroversi ne.. tapi, biarla ini saja yang saya kongsikan.. So, apakah sebenarnya Unduk Ngadau pada hari ini? adakah masih dengan motif asas pertandingan ini suatu ketika dahulu? atau, ianya sudah berubah? biarlah kita sama2 berfikir k.