Thursday, June 11, 2009

Isu menganggur?

Isu menganggur memang merupakan suatu isu yang urang bilang lamaaa suda.. bila bercakap balik pasal isu pengangguran, semakin banyak ko cakap, sama juga isu ni tidak dapat diselesaikan. sikarang, memang ramai belia di luar sana yang masih terpinga-pinga untuk mencari pekerjaan.

terdapat banyak persolan yang melibatkan isu belia menganggur. Ada beberapa yg sia dengar la. antaranya adalah:-

1. Terlalu memilih pekerjaan - ya, ramai belia yang terlalu memilih pekerjaan. terutamanya golongan graduan diploma & ijazah. ada yang cakap, " itulah talampau memilih pekerjaan, kan sampai sikarang masih lagi menganggur" - nah, ni memang selalu kita dengar. Bagi seseorang graduan, tentulah mereka ingin memilih setimpal dengan apa yang telah dipelajari kan.. takanlah belajar tinggi-tinggi, tapi kerja rendah-rendah..camana mau bayar pinjaman kan.. nah, jawapan macam ni memanglah slalu didengar kan.. tapi memang kenyataan pun. contohlah berkelulusan ijazah, tapi p kerja yang kelulusan SPM sija, gaji RM600 sija. Bayar Pinjaman pendidikan RM200, sewa rumah ( kalau yg keja d bandar), kalau kongsi2, mungkin RM200 saturang. sewa rumah bukan murah.. trus mau kirim family lagi.... pas tu mau makan lagi??? so gaji yang cam tu setimpal ka? so kalaulah graduan ne tidak memilih kerja, dengan kerja-kerja macam tu pun disapu,.. berbaloi ka? pas tu, banyak la juga yg p mencuba nasip dirantau orang...kalau nasib bagus, ok lah tu, tapi ada yang melalui agen2 yang kurang bertanggung jawab, so sampai bertahun2 tidak dapat pulang kampung halaman, so keluar la berita2 yang menyatakan, anak dia hilang....dan banyak2 lagi.. nah, nilah kalau desakan terlalu meilih kerja..ni contoh sijaaa

2. Kesemua syarikat mensyaratkan pengalaman bila mengambil pekerjaan- sia pun slalu juga baca news terutama section yang berkaitan dengan kerja kosong. huhu, 90% mensyaratkan pengalaman kerja.. so persoalannya, macamana mau menimba pengalaman kalau tidak kana bagi peluang untuk kerja? sepatutnya bagilah peluang kan.. ada saturang kawan sia ( nama dirahsiakan), beliau berkelulusan Ijazah dalam bidang kaunseling di local university. So selepas graduation dia, bukan trus dapat kerja, so dia dengan tidak memilih kerja, pigilah kerja di supermarket sebagai sales assistant, gaji permulan adalah RM400. sampai sikarang dia jadi supervisor suda la di supermarket. gaji RM1000 lebih. So baru2 ni, adalah kekosongan sebagai kaunselor di satu kompeni, so c kawan pun apply la, dengan harapan dia dapat tu kerja sbb dia ada pengalaman selama 3 tahun suda di supermarket, tapi, sedih sekali, dia ditolak, sebab pengalamannya bukan dalam bidang yg berkaitan.. sampai c kawan ne, menyesal tul ambil degree.. so, kalau bilang talampau memilih kerja, kawan sia sudah buktikan, walaupun dia punya kelulusan berkaitan dengan bidang dipohon, namun pengalaman yg ditimba bukan berkaitan dengan bidang yg dipelajari atau dipohon, sama juga tiada gunanya kan..

3.Kurang keyakinan semasa temuduga- ya, ni sia setuju, tapi kan, kadang2 urang yg kurang keyakinan ne adalah pekerja yang efisien, kadang2 urang yg terlalu yakin dalam interview tu, bak kata pepatah, belakun sijaaa.. bila suda kerja, nah,..keluar la tembelang dia.. nda tau buat pa2..huhu.. ni sia nda tau la.. teda kaitan dengan yg hidup dan mati.

4.Isu pakaian - dalam temuduga, kita nampaklah bermacam2 ragam pakaian.. huhu, ada yg berkot la, macam peguam p temuduga.. huhu, kebiasaannya budak kg macam sia ne, bawa barang yg the very basic sija.. pakaian pun, sia guna pakaian lama.. huh! yang lain, bawa beg ahli koporat, baju baru, kasut, punya lah baru.. semua serba baru la.. kalau urang2 berdarah hamba macam sia, manada duit mau beli pakaian yg mahal2 kan..hehe.. so para penemuduga pun dikaburi dengan pakaian sija la.. kasian urang yg teda duit bikin bli baju p interview kan. nda pa la..Tuhan sija tau..ekekeke


Kepada kawan-kawan yg masih menganggur, bah, kamu sabar2 la kio.. berusaha lebih2.. hmm.. sementara bulum dapat kerja tu, kalau ada sebidang tanah, bah, usahakan lah dulu... kalau ada modal, berniaga kecil2lan dlu.. kalau ada projek..bah share2..manatau sia pun minat..hehe.. Good Luck!!