Thursday, July 2, 2009

Iklan Jawatan kosong di ITNM


Iklan Jawatan Kosong ITNM

ITNM sebuah organisasi terjemahan unggul yang menyediakan khidmat penterjemahan dan kejurubahasaan dalam pelbagai bahasa mempelawa individu yang dinamik untuk jawatan berikut :-


Eksekutif Kanan Teknologi Maklumat

Kelayakan :
  1. Ijazah dalam bidang teknologi maklumat.
  2. Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
  3. Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Eksekutif Kursus & Latihan

Kelayakan :
  1. Ijazah dalam bidang berkaitan.
  2. Kemahiran komunikasi yang tinggi.
  3. Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
  4. Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  5. Mempunyai lesen kereta dan motor (B2 & D) yang sah.
  6. Pengetahuan dalam bahasa lain adalah diutamakan.

Pegawai Khidmat Pelanggan

Kelayakan :
  1. Berpewatakan menarik dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  2. Sekurang-kurangnya diploma dalam bidang berkaitan.
  3. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  4. Pengetahuan dalam bahasa lain adalah diutamakan.

Kerani/Penyambut Tetamu

Kelayakan :
  1. SRP / SPM
  2. Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di ITNM atau hantarkan resume anda dengan menyertakan sijil dan sekeping gambar berukuran pasport ke alamat :-

INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA BERHAD,
Wisma ITNM, No. 2 Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
( u.p : Unit Sumber Manusia )

Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pemberitahuan&unit=utama&info=240&bhs=my&mod=baca

2 comments:

C.Alv.B said...

Ada keja kosong di Labuan ka? hehehee

Jawatan Kosong said...

jom pegi temu duga ni jawatan kosong terkini