Tuesday, August 18, 2009

Air Terjun Mahua

Tambunan, sebuah lagi pekan yang sangat menarik dengan keindahan alam semulajadinya. Salah satu tarikan utama Tambunan adalah Air Terjun Mahua. Bagi mereka yang telah mengunjungi air terjun ini, satu perkataan yang terungkap iaitu, "Wahhh! Cantik!" . Air Terjun Mahua terletak di Kampung Patau kira-kira 12km dari Pekan Tambunan. 7km dari kampung Patau untuk sampai ke Pusat Informasi Pelancongan, pintu masuk ke Air Terjun Mahua. Baru-baru ini, saya bersama dengan rakan-rakan telah mengunjungi pusat pelancongan ini. Suatu pengalaman yang sangat menarik adalah apabila dapat merasakan kesejukan air sungai Mahua yang sangat sejuk. bagi mereka yang bercadang untuk mengunjungi pusat pelancongan ini, dicadangkan untuk mengambil masa sehari semalam untuk merasai pengalaman berkelah ditengah malam bersama-sama dengan aktiviti-aktiviti seperti panggang-memanggang, minum-minum(of course), games.. dan sebagainya. Bagi para penyelidik, atau pencinta alam, kawasan ini merupakan kawasan yang sangat sesuai untuk melakukan kajian mengenai dengan serangga/ beetles watching, bird watching dan kajian mengenai tumbuh-tumbuhan. Di bawah merupakan beberapa gambar terbaru Air Terjun Mahua:






2 comments:

Virgonz said...

wah sia sudah pg sana... siukkk...

part I - http://headhunters89.blogspot.com/2009/05/mahua-waterfall-trip-part-i.html

part II - http://headhunters89.blogspot.com/2009/05/mahua-waterfall-trip-part-ii.html

hehehe... sajuk gila...

framichele said...

Very nice - I hope to visit this on my way to the Karmel Kaingaran...