Thursday, August 20, 2009

Jelajah Doulas- Kedai Buku terapung kedua terbesar di dunia, Kota Kinabalu


Sekali lagi, Doulos, " The International Floating Bookshop" akan membuat jelajah ke seluruh dunia, dan Sabah merupakan salah satu destinasinya. Tema jelajah ini adalah " Doulas, Bringing Knowledge, Help & Hope"... Doulas merupakan tuan rumah kepada kedai buku terapung yang kedua terbesar di dunia dengan membawa setengah juta buku untuk dijual pada harga yang sangat berpatutan.6,000 tajuk buku yang berkualiti dipamerkan yang merangkumi seujek seperti pendidikan, perniagaan, masakan, sukan, koleksi buku kanak-kanak dan macam-macam lagi.

Kapal Doulas telah dibina pada tahun 1914 iaitu 2 tahun lebih muda daripada kapal Titanic. Ianya dikenadalikan oleh 350 orang pekerja sukarelawan yang mewakili lebih daripada 45 buah negara seluruh dunia. Lebih daripada 21 jutaorang daripada 104 buah negara telah mengunjungi kapal ini.

Datanglah beramai-ramai untuk menikmati beberapa persembahan muzik & tarian daripada pelbagai kebudayaan seluruh dunia, dan ambilah peluang untuk berkenalan dengan krew-krew kapal ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa. MASUK ADALAH PERCUMA!!

Mengimbas kenangan lalu ketika Jelajah Doulos Ship pada tahun 2007 ( kalau sia nda silap la):

Ni la rupa bentuk kapal tersebut.

Kenangan bergambar bersama dengan ikon Doulas Ship
Antara buku-buku yang ada.. selain buku, terdapat juga beberapa barangan cenderamata yang boleh dihadiahkan kepada kawan-kawan..

Kalau teda duit pun, kita lepak-lepak la sana.. baca buku sampai puas, sebab semua buku-buku sana sangat menarik.. 5 jam pun kompom tidak bosan punya.. haha

Kenangan bergambar bersama seorang sukarelawan.. lupa suda nama dia.. moga-moga boleh jumpa lagi this time..
Salah seorang cashier yang sangat peramah... haha.. sempat juga sia ajar dia Bahasa Malaysia..

Kepada kawan-kawan, jangan lepaskan peluang yang sangat berharga ini. kalau ramai-ramai, mimang siuk, tapi pastikan yang kana bawa tu mesti ulat buku.. buli lepak sama-sama. Sia nda buli terlepas ni tahun.. mesti datang punya...

No comments: