Wednesday, January 27, 2010

THE HUNT IS ON! JOM SERTAI KK CITY TOURISM TREASURE HUNT 2010


Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Tourism Malaysia akan menganjurkan KK City Tourism Treasure Hunt 2010 sempena sambutan Ulang Tahun ke-10 Bandaraya Kota Kinabalu, pada 28 Februari 2010 di Nexus Resort Karambunai.

Kota Kinabalu City Tourism Treasure Hunt 2010 merupakan acara tahunan yang ke sembilan kalinya diadakan sejak tahun 2001. Acara ini telah menjadi acara tahunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan telah mendapat sambutan ramai dari segi penyertaan, penglibatan jabatan/agensi, tajaan dan juga jumlah hadiah. Pada penganjuran acara kali ini, jumlah penyertaan adalah dijangka sama dengan tahun-tahun yang lalu iaitu seramai 120 buah pasukan. Objektif utama acara ini diadakan adalah untuk memeriahkan acara sambutan Ulang Tahun ke-10 Bandaraya Kota Kinabalu, selain bertujuan untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di kawasan bandar raya dan sekitarannya, dengan menjadikan kawasan-kawasan ini sebagai lokasi-lokasi/’route’ serta aktiviti rekreasi dan pelancongan sebagai ‘task’ pertandingan.

Hadiah wang tunai dan saguhati menanti pemenang di tempat ke 1-20.

Johan: RM 5000 + saguhati + sijil

Naib Johan: RM 3000 + saguhati + sijil

Tempat ke-3: RM 2000 + saguhati + sijil

Tempat ke-4 hingga ke-6: RM 500 + saguhati + sijil

Tempat ke-7 hingga ke-10: RM 200 + saguhati + sijil

Tempat ke-11 – ke-20: Hadiah saguhati + sijil

Bilangan peserta bagi setiap pasukan ialah 2 orang (minimum) – 4 orang (maksimum) dan yuran penyertaan bagi setiap pasukan ialah RM300. Borang penyertaan boleh diperolehi di Bahagian Pelancongan, Jabatan Hal Ehwal Korporat, Ting. 1, Ibu Pejabat DBKK (Norsarahana Zaki/ Emmanuel gerald) atau di Kaunter Khidmat Pelanggan (Tingkat bawah, Ibu Pejabat, DBKK). Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Fauziahton Ag. Samad (088-521777) atau Norsarahana Zaki (088-521776).