Friday, June 4, 2010

Unduk Ngadau 2010

Unduk Ngadau 2010 baru sahaja berlalu dan pemenangnya sudah pun diketahui.. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat disnap untuk tatapan bersama:

Dari kiri: Tanjung Aru, Tuaran, Likas, Kota Kinabalu, Tambunan, Penampang, Pitas

Tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar kerana terdapat beberapa daerah yang menampilkan peserta yang hebat. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ketujuh-tujuh peserta akhir Unduk Ngadau 2010 cantik-cantik dan hebat-hebat. Setiap penonton pada masa tersebut mesti mempunyai pilihan hati masing-masing. Sorakan paling kuat yang diterima adalah 1. Tambunan, 2. Penampang, 3. Kota Kinabalu. Melalui sorakan ramai yang telah menjangka siapakah pemenangnya. Secara peribadi, saya sendiri tela menjangka siapakah pemenangnya, bukanlah berdasarkan sorakan tapi berdasarkan kematangan menjawap persoalan yang diberikan, latar belakang dan juga keterampilan diri.
Hannevy Vivie W. Harry merupakan peserta yang mewakili daerah Tambunan dan beliau merupakan perserta yang sangat yakin dalam menjawap persoalan. beliau juga mempunyai keterampilan diri yang menarik di sambing mempunyai latar belakang yang baik. Ketika ditemuramah, beliau tidak janggal malah lebih selesa berhadapan dengan penonton. Secara peribadi, saya menjangkakan Hannevy akan mendahului peserta yang lain. Dia juga merupakan harapan sulung Tambunan untuk memenangi Unduk Ngadau memandangkan Daerah Tambunan belum pernah memenangi gelaran ini ( Walaupun terdapat beberapa peserta Tambunan yang memenangi sebelum ini, tetapi bukan mewakili Tambunan) .. Namun demikian, percaturan yang dilakukan silap haha..
Gambar diatas nerupakan gambar 3 peserta yang menduduki tempat teratas, dan diucapkan tahniah kepada gadis cantik yang mewakili Tanjung Aru, Crystel Eve Huminodun kerana menjadi Unduk Ngadau 2010. Tempat kedua pula adalah wakil dari Daerah Penampang dan ketiga, Kota Kinabalu.

Keputusan juri adalah muktamad dan perubahan tidak dapat dilakukan walaupun terdapat isu " Back Handed" yang saya dapati daripada web sosial Facebook. Adakah benar? Adakah kesilapan juri? Walaubagaimanapun, Crystel Eve Huminodun layak menang sebagai Unduk Ngadau 2010 dan begitu juga dengan peserta yang lain. Berilah peluang kepadanya untuk berbakti selama 1 tahun sebagai Unduk Ngadau.

Biarlah kita sama-sama ketepikan isu " Back Handed" kerana ianya tidak dapat mengubah sebarang keputusan, tapi sekiranya betul dan mempunyai bukti, perlu dikemukakan kepada pihak KDCA agar tidak berulang tahun depan.

Lambaian Seorang Unduk Ngadau..

Tahniah Crystel Eve Huminodun.

Siapakah Unduk Ngadau tahun 2011? masih terlalu lama untuk menjawap persoalan ini. Sama-sama kita nantikan.