Monday, April 4, 2011

Dalam Botol?

Dalam lebih kurang 1 minggu sahaja, filem ini telah berjaya mengutip lebih datipada RM 1 juta. Kira boleh tahan juga la. Sungguh hebat dan baguskah filem ini? Saya tergerak untuk menonton filem ini walaupun ada sesetengah yang mengatakan bahawa terdapat unsur-unsur 'Gay' dalam cerita ini.

Minggu lalu, saya telah menonton filem ini walaupun belum pernah membaca review ataupun menonton Trailer.



Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pandangan ini, tetapi ini adalah pendapat peribadi saya mengenai dengan filem ini:

1. Jalan cerita adalah kurang menarik. Saya percaya terdapat beberapa bahagian yang mungkin ditapis, tetapi bagi sebuah cerita yang baik, kita masih mampu menangkap jalan ceritanya .

2. Permulaan dan penamat cerita yang kurang menarik.

3. Pelakon yang melakonkan watak Ruby ( Cik Pondan) tidak berjaya membawa watak tersebut dengan baik. Mungkin beliau masih baru, atau tidak dapat menjiwai watak tersebut ( malu-malu). AC Mizal pernah menjalankan watak pondan sewaktu berlakon Gerak Khas. Beliau dapat membawa watak tersebut dengan lebih baik.

4. Dalam publisiti menyatakan " Berdasarkan kepada kejadian sebenar", namun demikian, ianya tidak dapat memperlihatkan jalan hidup seorang Pondan yang sebenarnya.

5. Unsur Suspen yang tidak menjadi.

6. Pelakon-pelakon veteran yang melakonkan watak sampingan lebih menonjol ( mungkin mereka betul2 dapat menghayatinya) .

7. Terdapat beberapa audio/suara ketika berbual yang lari . Proses mastering tidak dijalankan dengan sempurna?

Secara ringkasnya, tajuk filem dan konsep filem ini amat menarik sekali, tetapi jalan penceritaannya masih banyak kelemahan. Konsep Filem ini berjaya menarik minat para pengemar filem sehingga mendapat banyak kutipan.

RM7 untuk satu tiket menonton filem ini sangatlah tidak berbaloi!

Rating Film: 5/10


No comments: