Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengikuti program Diploma Kejururawatan Universiti Malaysia Sabah (Sekolah Perubatan) seperti yang disenaraikan bagi Sesi Akademik 2011/2012.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Program Diploma Kejururawatan- Kampus Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu- Ambilan September Sesi 2011/2012Syarat-Syarat Kelayakan:
PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN
SESI 2011/2012
Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tarikh permohonan dan memenuhi syarat seperti berikut:
Syarat Am
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf (Tahun 2007, 2008, 2009, 2010) dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) Kepujian atau yang setaraf dengannya.
Syarat Khas Program
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik/Matematik Tambahan
- Biologi/Sains
- 3 lagi kepujian bagi subjek yang lain
DAN
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
- Lulus Bahasa Inggeris
Syarat Tambahan
- Terbuka kepada calon lelaki dan wanita;
- Belum berkahwin;
- Tiada penyakit Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV; DAN
- Lulus ujian serta temuduga yang telah ditetapkan oleh Universiti.
Borang permohonan bagi kemasukan ke Program Diploma Kejururawatan (Sekolah Perubatan) UMS boleh didapati dari;
Pejabat Unit Akadamik
Sekolah Perubatan
Blok A2, Level 3
Bangunan Sekolah Perubatan
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS
88400, Kota Kinabalu.
No. Tel: 088-320000 ext 61204
No. fax: 088-320928
Borang permohonan juga boleh dimuat turun dari laman web http://www.ums.edu.my/
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 5 Ogos 2011 Sila hantar borang permohonan yang telah dilengkapkan ke alamat Sekolah Perubatan Seperti yang tersebut di atas. Sila sertakan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM dan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum yang berikut. (semua salinan perlu disahkan benar).
Calon yang layak akan disenarai pendek dan akan dihubungi untuk sesi temuduga kemasukan.
Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang maklum dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. PIHAK UNIVERSITI BERHAK MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN ATAU PINDAHAN TANPA NOTIS.
1 comment:
saya ingin bertanya..kalau mahu pohon macam mana yah,,sekian,,
Post a Comment