Thursday, October 4, 2012

Buhangkut @ Toad @ Katak Puru


(Gambar diambil dekat rumah, di pokok kelapa sawit berhampiran dengan kolam. dipercayai bahawa katak ini telah menghuni di sana selama lebih kurang 20 tahun. Rasanya bukan seekor saja ni. ada beberapa ekor lagi) 


Katak Puru (bahasa Inggeris: toad) atau juga dikenali sebagai kodok merujuk kepada beberapa spesies amfibia, terutamanya "katak puru benar" dalam famili Bufonidae. Bagaimanapun, beberapa spesies daripada famili amfibia yang lain biasa juga digelarkan "katak puru", termasuknya famili Bombinatoridae, Discoglossidae, Pelobatidae, Rhinophrynidae, Scaphiopodidae, dan sebilangan spesies daripada famili Microhylidae. Ini disebabkan ciri-ciri yang biasa digunakan untuk membezakan katak puru daripada katak yang biasa (bahasa Inggeris: frog) tidak sama dengan ciri-ciri yang digunakan untuk pengelasan saintifik. Bentuk tubuh bukannya panduan yang selamat untuk menilai kumpulan-kumpulan anura. Ini ditunjukkan oleh sebilangan "katak benar" (true frog) daripada genus Rana yang mengamalkan tabiat mengorek lubang dan seakan-akan merupakan katak puru.

Spesies tip untuk famili Bufonidae ialah Bufo bufo, dan berkerumunnya ialah sebilangan spesies daripada genus yang sama serta sebilangan genus yang lebih kecil. B. bufo ialah amfibia yang mempunyai tubuh yang gempal, dan kulit yang penuh dengan ketuat, tetapi tidak mempunyai ekor. Mana-mana satu haiwan yang mempunyai ciri-ciri ini boleh digelarkan "katak puru", tanpa menghiraukan kedudukannya dalam taksonomi formal.

Hampir semua katak puru dalam famili Bufonidae mempunyai dua biji bonggol di kedua-dua belah pada belakang kepala yang dipanggil kelenjar parotid. Kelenjar-kelenjar ini mengandungi racun, yang mengalir keluar jika katak puru menghadapi tekanan. Beberapa jenis katak puru, seperti kodok Bufo marinus (bahasa Inggeris: Cane Toad), adalah lebih toksik berbanding yang lain. Sebilangan "kodok psikoaktif", umpamanya kodok Bufo alvaris (bahasa Inggeris: Colorado River Toad), telah digunakan sebagai drug rekreasi melalui menyalai rembesan kulitnya atau merebus kodok untuk dimakan, disebabkan kesan-kesan bufotoxinnya.

Katak puru merupakan sejenis haiwan amfibia yang berdarah sejuk dan bertelur. Telur katak puru akan menetas sebagai berudu, sebelum berubah menjadi katak puru dewasa. Kulit katak puru lebih kering berbanding katak dan pada kebiasaannya berbonggol-bonggol (lihat gambar). Katak puru memakan serangga kecil, dan cacing.

(Sumber: Wikipedia) 

4 comments:

unduk unduk said...

tq for the info. bab2 katak , amphibia ni memang saya geli. tapi kami pun ada "pelihara" buangkut ni di garage my dad. and according to my mum, it age almost 20 over years, dakat2 umur saya. and it still alive till now! ewww...hehe

Fidelis Francis said...

Hi unduk2... ya bah.. my mum told me so.. dia cakap,itu katak lamaa sudah di sana. so dia marah kami kacau sebab mungkin nenek sia punya roh..hoho.. so kami pun biar saja la.. nda takut sama urang lagi tu..

Alv0808 said...

Jangan ja kena jadi pusas hehehe

Bossing said...

mana buli pusas ini. beracun hahaha