Friday, July 19, 2013

Pengunaan ' Bah ' dengan betul -Bahasa Sabah

Perkataan 'bah' merupakan perkataan yang sangat sinonim dengan orang Sabah..  mari lihat cara pengunaan  perkataan ini dengan betul..

(A) Berikut merupakan cara pengunaan "bah" yang BETUL:

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata.
  •     BM Sabah: Iya bah!
  •     BM piawai: Yalah!
2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
   
   Contoh ayat:
  •     BM Sabah: Bah, kamu pigilah dulu!
  •     BM piawai: Kamu pergilah dulu!

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu
    ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
   
    Contoh ayat:
  •     BM Sabah: "Boboi, nanti ko pigi beli beras di kadai sana!" Boboi menjawab, "Bah!"
  •     BM piawai: "Boboi, nanti pergi beli beras di kedai sana!" Boboi menjawab, "Baiklah!"

4) Menguatkan lagi sesuatu perkataan.
    
   Contoh ayat:
  •     BM Sabah: Ko datang dari KL bah kan? Awal lagi bah ni! Sejuk bah ni air!
  •     BM piawai: Awak datang dari KL kan? Awal lagilah ni! Sejuklah air ni!

Pengunaannya "bah" sangat unik di kalangan masyarakat Sabah. Walau bagaimanapun perkataan "bah" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain Sabah.

(B) Berikut merupakan cara pengunaan "bah" yang SALAH:

Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:
  1. "Apa kabar bah?" SALAH dan sepatutnya "Apa khabar?" sudah memadai.
  2. "Sudah makankah bah?" SALAH dan sepatutnya "Sudah makan? sudah memadai atau "Sudah makan bahkan?" juga boleh digunakan.
  3. "Bila balik bah?" SALAH dan sepatutnya "Bila balik?" sudah memadai.

Selamat mencuba..


No comments: